thumb

Become A Member

Any person of Malaysian nationality over 18 years, company or organization, alien residents and foreigners who subscribe to the interests and welfare of the Society may apply for membership to be approved by the Board.

Contact Us

Contact Us ?

* Please Fill Required Fields *
img

Email Us

contacts@www.msnt.org.my

Login

thumb

Become A Member

Any person of Malaysian nationality over 18 years, company or organization, alien residents and foreigners who subscribe to the interests and welfare of the Society may apply for membership to be approved by the Board.

Contact Us

Contact Us ?

* Please Fill Required Fields *
img

Email Us

contacts@www.msnt.org.my

Login

KEMUDAHAN AKTIVITI PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN AELB SEPANJANG TEMPOH PKPD DAN PKPB

By setiausahamsnt In News

21

Oct
2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sepanjang PKPD dan PKPB, AELB;

a) Membenarkan penggunaan meter tinjau (survey meter) yang telah tamat tempoh sah tentukuran dalam tempoh PKPD dan PKPB untuk terus digunakan sepanjang tempoh PKPD dan PKPB dan kebenaran ini turut dilanjutkan sehingga 30 November 2020 bagi membolehkan pemegang lesen mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyediakan meter tinjau yang sah tentukuran;

b) Membenarkan penggunaan peralatan sinaran yang telah tamat tempoh sah senggaraan dalam tempoh PKPD dan PKPB untuk terus digunakan sepanjang tempoh PKPD dan PKPB dan kebenaran ini turut dilanjutkan sehingga 30 November 2020 bagi membolehkan pemegang lesen mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyediakan peralatan sinaran yang sah selenggaraan

c) Membenarkan penggunaan peralatan sinaran yang telah tamat tempoh sah sijil ujian kebocoran dalam tempoh PKPD dan PKPB untuk terus digunakan sepanjang tempoh PKPD dan PKPB dan kebenaran ini turut dilanjutkan sehingga 30 November 2020 bagi membolehkan pemegang lesen mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyediakan peralatan sinaran yang mempunyai sijil ujian kebocoran yang sah

d) Membenarkan penggunaan alat pemantauan kakitangan dan alat pemantauan tempat kerja yang dipasang pada peralatan sinaran yang digunakan bagi bulan Oktober 2020 untuk terusĀ  digunakan sehingga November 2020

e) Mempertimbangkan pengiktirafan semula untuk tempoh satu (1) tahun bagi Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) / Penyelia (PY) /Pengendali Perunding (PP) / Pengendali Perunding Bebas (PPB) yang telah tamat tempoh sah pengiktirafan dalam tempoh PKPDdan PKPB walaupun mata Program Pendidikan Berterusan (CEP) tidak mencukupi dan kelonggaran diberi bagi pengiktirafan PPS / PY yang tamat tempoh sehingga 30 November 2020

f) Mana-mana PPS/PY yang telah diberikan pengiktirafan semula semasa PKPD dan PKPB dengan kelonggaran pemeriksaan perubatan yang melebihi tiga (3) tahun hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan selepas tamat tempoh PKPD dan PKPB

g) Memberikan kelonggaran kepada syarat pembaharuan lesen berkaitan tentukuran meter tinjau iaitu boleh dipertimbangkan pembaharuan lesen bagi meter tinjau yang tamat tentukuran sehingga 30 November 2020; dan

h) Selari dengan prinsip penjarakan sosial yang ditekankan oleh Kerajaan, AELB mengalakkan pusat latihan untuk menjalankan Kursus Kesedaran Perlindungan Sinaran (Radiation Safety Awareness Program) secara atas talian berdasarkan silibus kursus yang diiktiraf oleh AELB.

Baca disini untuk keterangan & rujukan rasmi dari AELB.
Baca disini untuk Kenyataan Umum Pengoperasian Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Semasa PKPB.

Leave a reply